USIM - Sikap sambil lewa para pelajar menjadi faktor utama penyumbang kepada kekotoran tandas di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Mereka tidak mementingkan soal kebersihan tandas bahkan mereka tidak mengendahkan langsung tentang persepsi orang luar jika menggunakan tandas dalam keadaan yang kotor seperti itu. Rungutan oleh segelintir warga FPQS bagaikan melepaskan batuk ditangga, ini kerana tiada sebarang tindakan yang diambil. kegagalan pelajar membersihkannya dengan baik menyebabkan tandas berbau busuk dan kurang menyenangkan pengguna lain Menurut wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Hidayah binti Selamat, 22, berkata “kebersihan yang kurang memuaskan terutama tingkat paling bawah. Kebanyakan pelajar atau pun orang ramai menggunakan tingkt bawah. Pintu yang rosak juga tidak diganti dengan yang baru walaupun telah dibuat enam aduan di peringkat fakulti”. Tambah beliau, “pihak MPP berharap dapat membuat seliaan sekali dalam satu semester untuk membaik pulih dari segi fasiliti. Kempen menjaga kebersihan juga perlu diadakan supaya dapat menjaga kebersihan bersama. Tandas berkualiti , hidup berkualiti”. Seorang mahasiswi yang ditemubual, Siti Hawa Ahmad 22, berkata, “masalah ini juga melibatkan bahagian pengurusan Usim dan tukang cuci, keadaan tandas yang mempunyai banyak kerosakan seperti pam rosak, paip bocor, pengaliran air yang tersumbat, serta tidak disediakan tisu dan sabun antara penyebab lain yang mengundang kekotoran di tandas tersebut”. Selain itu, gangguan bau dari tandas juga mengakibatkan para pelajar hilang fokus kepada pembelajaran mereka ketika berada didalam kelas. Isu tandas ini harus di titik beratkan lagi bagi menjaga nama baik fakulti kerana tandas tersebut bukan sahaja digunakan oleh para pelajar FPQS malahan juga para pelajar dari fakulti lain. Dengan keadaan tandas yang sebegitu bukan sahaja mendatangkan ketidakselesaan tetapi juga boleh mengundang kemudaratan seperti masalah kesihatan kepada para pelajar. |