Hargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah
Oleh: Fazlina Razali
Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak.
Kita haruslah menghormati ayah dan menghargainya. Jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya. Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.
Dalam al-Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menjelaskan bahawa kita sewajarnya menghormati kedua ibubapa. Surah al-Nisa’ ayat 4:36, Allah berfirman: “dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa”.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah perintahkan umatnya supaya berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah swt. Dengan lebih jelas lagi, Allah memerintahkan kita supaya mentauhidkan-Nya iaitu dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya sahaja, kemudian Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Allah swt meletakkan kedudukan ibubapa ditangga ke-dua selepas perintah mentauhidkan-Nya. Begitulah penjelasan Allah tentang besarnya kedudukan ibubapa.
Oleh itu hargailah ibubapa, dan berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih ada. Hargailah pengorbanan ayah walaupun mereka dia tidak selalu dengan kita, tetapi dia juga banyak bekorban mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Demi anak ayah sanggup berhujan berpanas, dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi.
Ayah seboleh-bolehnya tidak mahu melukakan hati dan perasaan anak-anak, dia sentiasa mendoakan yang terbaik kepada anak-anak. Ayah ingin melihat anak-anaknya membesar tanpa kesulitan dan kesusahan hidup. Dia ingin melihat kita membesar dengan penuh kegembiraan.
Ingatlah wahai kawan-kawanku, janganlah mengambil hati jika ayah menegur atau meninggikan suara. Niat mereka adalah untuk mendidik kita supaya menjadi manusia yang berguna. Teguran daripada seorang ayah adalah lambang kasih sayang ayah terhadap anaknya. Justeru, janganlah kita salah faham terhadap teguran itu, kerana teguran itulah kita berjaya dan menjadi seorang insan yang berguna.
Kita seharusnya bersyukur dan menghargai tegurannya, kerana kita tahu dia menegur dan memarahi kita semua kerana kasih sayangnya kepada kita, cuma caranya sahaja yang mungkin kasar kerana tidak mahu terlalu memanjakan anak.
Walhal, janganlah kita mentafsirkan bahawa ayah tidak menyayangi kita. Jangan sesekali menggores perasaannya, bersyukurlah kerana anda masih mempunyai ayah yang menyayangimu.
Hidup tanpa seorang ayah amat menyukarkan, ayah tempat kita bergantung dan tempat kita mengadu. Terasa tidak sempurna hidup tanpa ayah. Pengalaman saya sendiri yang sedari kecil membesar tanpa ayah sangat menyeksakan. Terutamanya semasa pihak sekolah mengadakan program yang melibatkan ibubapa.
Disitulah datangnya perasaan sedih yang teramat sangat didalam diri. Disini kita akan merasakan betapa kita memerlukan ayah. Perasaan sedih, pilu, kecewa, duka, lara, iri hati semuanya muncul. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya hidup tanpa ayah lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan berpelukan dengan ayah masing-masing.
Di samping itu, kita akan merasa iri hati apabila melihat para ayah mengambil anak-anaknya dari sekolah, terasa diri lemah apabila merindukan ayah. Dalam hati berkata-kata, “Ya Allah, kalaulah aku dapat merasai kasih sayang ayah, dapat merasai ayah menjemputku dari sekolah. Gembiranya hati ini seandainya dapat hidup seperti kawan-kawan yang lain dan mempunyai ayah”. Begitulah bisikan hati dan kita juga akan bertanya seperti nasyid nyanyian kumpulan aiman yang berbunyi “wahai abangku, kemana ayah, ku sayang ayah, ku cinta ayah”.
Tetapi apakan daya, itu semua tidak mungkin akan terjadi. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bersyukur kerana Allah lebih sayangkan ayah. Ingatlah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah dan sayangilah mereka. Ayah ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan yang berguna. Ayah hanya menginginkan kita menjadi insan yang terbaik dan lebih baik daripadanya yang mampu memperjuangkan agama islam.