Disiplin kunci kejayaan
Oleh: Ayuni Jamil
Menurut kamus dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002: 308). Dengan kata lain, Disiplin adalah kepatuhan untuk menghormati dan melaksanakan suatu sistem yang mengharuskan orang untuk tunduk kepada keputusan, perintah dan peraturan yang berlaku. Lalu bagaimana dengan rasa disiplin yang anda miliki? Adakah anda telah termasuk dalam kalangan orang-orang yang memiliki disiplin yang tinggi?
Alah bias tegar biasa, sememangnya amat sukar untuk menanam disiplin yang tinggi dalam diri seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar pelajar. Namun, sekiranya pelajar tersebut telah dididik dan diasuh oleh ibubapa dengan disiplin yang tinggi, pastinya amat sukar untuk menafikan bahawa pelajar tersebut terus menerus mencipta kejayaan dalam akademik. Malangnya, mereka kini terleka dengan hal-hal duniawi yang serba canggih serta boleh melalaikan mereka seperti berfacebook, melayari laman web yang tidak bermoral dan mempengaruhi mereka untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka juga berasa begitu angkuh dan bangga sekiranya mereka melakukan perkara yang melanggar peraturan dan hukum syarak.
Pujangga arab ada mengatakan: “ masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu”. Jelas membuktikan bahawa masa itu amat penting dalam kehidupan. Justeru itu, disiplin haruslah di semai dalam diri setiap pelajar sejak dari kecil lagi. Masyarakat juga perlulah cakna dengan situasi bagi mewujudkan sesebuah Negara yang bertamadun dan melahirkan masyarakat yang mampu mencorak masa depan Negara yang baik, mereka perlu peka terhadap masa. Namun, sesiapa pun dapat berfikir bahawa sikap malas adalah musuh utama amalan hidup berdisiplin.
Tidak cukup dengan itu, disiplin turut dapat memupuk jati diri yang ampuh dalam diri pelajar. Disipllin mengajar pelajar supaya tegas dengan prinsip dan nilai moral pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, seorang pelajar hendaklah berdisiplin bagi menjadikan mereka ini sebagai seorang yang rajin, tekun, berkeyakinan tinggi dan gemar menyahut cabaran yang secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang memiliki jati diri dalam rohani dan jasmani mereka.
Pelajar juga, digalakkan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah ataupun university seperti kawad kaki, silat, jabatan pertahanan awam (JPAM), SISPA, SUKSIS dan aktiviti yang boleh mendisiplinkan diri .
Tambahan pula, membaca juga salah satu cara yang dapat mendisiplinkan masa. Melalui pembacaan seseorang dapat memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat memajukan Negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang remeh. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca seseorang akan menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat pelbagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat didalam buku, majalah dan surat khabar.
Sebagaimana yang kita tahu, membaca adalah amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang.
Inilah yang dilakukan oleh tokoh ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Al-Biruni, Al-Khawarizmi dan ramai lagi. Segala bentuk khazanah ilmu berjaya mereka kaji dan terokai, bertitik tolak daripada proses pembacaan mendalam hingga menghasilkan penemuan bernilai serta berkualiti. Orang yang berijtihad dengan ilmu adalah orang yang mendapat pengiktirafan yang tinggi disisi Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman di antara kamu dan orang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah, ayat 11).
Oleh hal yang demikaian, masyarakat hendaklah mendisiplinkan diri dengan menuntut ilmu dan mengamalkan amalan membaca pada diri masing-masing supaya tidak membuang masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Isilah masa lapang dengan membaca kerana ilmu yang diperolehi melalui amalan membaca amat berharga tambahan pula ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan hidup. Ia mampu membuatkan seseorang itu memperoleh ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda.
Sebagaimana yang telah kita bincangkan, disiplin adalah kunci kejayaan, kerana dalam disiplin akan tumbuh sifat yang teguh dalam memegang prinsip, tekun dalam usaha mahupun belajar, pantang mundur dalam kebenaran, dan rela berkorban untuk kepentingan agama dan jauh dari sifat putus asa. Kita perlu menyedari betapa pentingnya disiplin dan betapa besar pengaruh kedisiplinan dalam kehidupan, baik dalam kehidupan pribadi, bermasyarakat, berbangsa mahupun kehidupan negara.
Dalam ajaran Islam banyak ayat Al Qur’an dan Hadis yang memerintahkan disiplin dalam erti ketaatan pada peraturan yang telah ditetapkan, surat An Nisa ayat 59: “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul-Nya dan kepada Ulil Amri dari (kalangan) kamu…”.