Perisai malu, Hadapi perasaan malu dengan betul
Oleh: Erwani Ghazali
Malu merupakan landasan akhlak mulia dan sentiasa berpandukan kebaikan. Seseorang yang tinggi sifat malunya, maka lebih banyak kebaikan baginya. Manakala seseorang yang sedikit sifat malunya, semakin sedikit kabaikan yang diperolehnya.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: ‘Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.’” (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari).
Hadis ini sebagai bukti yang menunjukkan malu sebagai perisai bagi seseorang daripada melakukan tindakan yang boleh memberi kesan buruk kepada dirinya, agamanya serta merosakkan akhlak dan maruahnya. Malu dapat menghalang seseorang terjerumus daripada melakukan kemaksiatan (dosa).
Seseorang yang tiada sifat malu, akan melakukan sesuatu sesuka hati, tanpa segan-silu akan melakukan perkara yang mungkar (dilarang) serta tidak akan menghiraukan sebarang keburukan atas perlakuannya.
Walaubagaimanapun, perasaan malu yang berlebihan akan menghalang kita dari melakukan perkara baik. Perasaan malu yang berlebihan juga akan menjadi penghalang ilmu untuk sampai ke dalam hati. Bak kata pepatah Melayu “malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut”. Jadi, kita jangan malu untuk bertanya. Dalam menuntut ilmu samada ilmu duniawi mahupun ukhrawi, perasaan malu perlu dikikis habis-habisan. Ini kerana ilmu perlu difahami, dimanfaatkan dan disebarkan.
Tambahan pula, memiliki sifat berani dan kepercayaan diri yang tinggi dalam melakukan segala hal adalah kemahuan setiap orang. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memiliki sifat tersebut, namun kebanyakkan usaha tersebut gagal kerana perasaan malu menguasai diri.
Apa yang menyebabkan seseorang berasa malu? Kerana banyak kekurangan, tidak mampu melakukan apa yang orang lain mampu lakukan, takut, direndahkan, berasa diri lebih bodoh dari orang lain, asyik membuat kesalahan, kerana bentuk fizikal?
Pernahkah cuba untuk menghilangkan perasaan malu, bimbang, ragu-ragu dan janggal yang pernah kita alami? Walaubagaimanapun, perasaan malu bukan untuk dihindari tetapi untuk dihadapi.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menghadapi perasaan malu. Antaranya perlulah sentiasa berfikiran positif. Setiap tindakan yang positif menyebabkan kita lebih berkeyakinan serta membuang perassan malu yang tidak bertempat. Jauhkan diri kita dari sifat-sifat negatif seperti cepat marah, putus asa, geram, sakit hati kerana ia akan menghalang kita dari berfikiran positif.
Selain itu, kita digalakkan sentiasa bertenang, iaitu tenang dalam melakukan setiap perkara kerana dapat membantu kita mengatasi perasaan malu dan rendah diri. Kita juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan tidak lagi bimbang, gementar ketika melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, bagaimana cara untuk bertenang? Firman Allah s.w.t dalam al-Quran, surah al-Ra’d ayat 28, yang bermaksud: “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Oleh itu, kita digalakkan untuk berzikir, kerana zikir adalah keterikatan seorang hamba dengan Allah s.w.t., penawar hati, juga mendatangkan ketenangan hati dan kemantapan hati.
Tambahan lagi, janganlah kita takut untuk bersosial dengan orang disekeliling, belajarlah hidup bermasyarakat, mesrakan diri kita untuk berkenalan dan mula bertegur sapa dengan orang yang baru dikenali.
kita perlu sedar perasaan malu tidak semestinya akan merugikan kita, kita juga hendaklah memupuk sifat pemalu dalam diri kita. Malu itu harus diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Pepatah Arab ada berbunyi “Malu itu sebahagian daripada iman”. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah S.W.T, malu melakukan maksiat (dosa) dan malu apabila meninggalkan ketaatan, rendah diri sebagai hamba pada pencipta-Nya, bukanlah merendah-rendahkan diri kita dengan kelemahan kita.
Bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki, berusahalah untuk memperbaiki kelemahan diri kita. Jangan sesekali takut dan malu untuk mencuba melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, buanglah perasaan malu tidak bertempat kerana akan merugikan kita semata-mata. Jangan biarkan perasaan malu menjadi penghalang untuk kita terus mengecapi kejayaan.