Fotografi dan perspektif Islam
Seni fotografi adalah gabungan kemahiran teknikal dan seni sama seperti mana-mana cabang seni yang lain. Kemahiran teknikal boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja melalui kaedah pembelajaran teori dan praktikal. Memasukkan elemen seni ke dalam penghasilan fotografi memerlukan lebih daripada itu.
Melalui gambar kita cepat mengenali seseorang, lebih-lebih lagi dari sudut wajah yang bukan saja memantulkan ketampanan dan keayuan, malah melukiskan watak serta sikap individu terbabit. Bagi sesetengah pihak seperti selebriti dan ahli politik, gambar memainkan peranan penting khususnya dalam meraih populariti, tetapi pada masa sama, gambar juga men jatuhkan maruah seseorang dalam sekelip mata. Secara umum gambar adalah satu medium komunikasi yang sangat berpengaruh dan kerana itu hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai jenis dan bentuknya, termasuk yang bersifat fitnah, kurang sopan dan berunsur lucah.
Bagaimanapun, Islam mengharamkan gambar kurang sopan dan berunsur lucah, tidak kira ia datang dalam bentuk apa sekali pun, sama ada hasil daya kreativiti melalui kemahiran tangan, media cetak mahupun elektronik. Tetapi apakah pengharaman mengenainya terhenti setakat itu saja? Bagaimana dengan yang lain, misalnya gambar dihasilkan melalui teknik fotografi, lukisan potret, anak patung mainan dan ukiran berupa makhluk? Al-Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a yang berkata: “Rasulullah s.a.w kembali dari pelayaran dan saya menutup sehelai kain di dinding yang padanya ada gambar lukisan.
“Apabila Rasulullah s.a.w melihat gambar itu, serta-merta bertukar warna wajahnya, lalu berkata: ‘Wahai Aisyah! Se berat-berat seksa yang diterima oleh seseorang daripada Allah pada hari kiamat ialah orang yang cuba meniru rupa makhluk Allah.’
“Selepas mendengar ancaman Rasulullah itu saya pun mengambil kain lukisan itu dan saya potong-potongkan untuk dijadikan kain alas bantal.”
Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, hadis terbabit menunjukkan peng haraman gambar dan patung, sama ada ia berbentuk, ber bayang, dibuat untuk diagungkan atau tidak kerana semua itu penyerupaan dengan penciptaan Allah.
Cuma, katanya, yang dikecualikan daripada gambar tadi iaitu melukis gambar seperti pohon dan rumah iaitu yang tiada roh padanya.
Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Said bin Abul Hasan, katanya: “Pernah pada suatu hari aku berada di majlis Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki lalu berkata: ‘Hai Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini, mata pencarianku daripada kerja seni tanganku dan aku membuat gambar-gambar dan patung-patung itu, apa ka tamu?’
Lalu Ibnu Abbas menjawab kepada orang yang bertanya itu: “Aku tidak akan memberitahumu melainkan apa yang aku sendiri mendengar daripada Rasulullah s.a.w sebagai ja wapanku.
“Aku mendengar baginda berkata: ‘Sesiapa yang meng gambar suatu gambar (patung yang berjisim), sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga dia dapat meniupkan roh padanya sama sekali.’”
Mendengar jawapan Ibnu Abbas, orang itu kelihatan sangat gelisah kerana tidak senang mendengar jawapan terbabit dan berasa tersinggung.
Ibnu Abbas berkata lagi kepadanya: “Celaka engkau! Kiranya engkau mesti menggambarkan atau melukis juga, buatlah gambar-gambar pepohon, gambar pemandangan dan apa saja gambar yang tidak mempunyai roh.” (Hadis riwayat Bukhari)
Menurut Abdullah, dibenarkan juga daripada jenis patung permainan untuk kanak-kanak kerana tiada padanya tujuan untuk mengagungkan atau menimbulkan bangga diri dan sombong.
Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim da ripada Aisyah, Ummul Mukminin r.a yang berkata: “Dahulu pernah aku bermain anak-anak seperti juga anak-anak pe rempuan yang lain di sisi Rasulullah s.a.w.
“Kemudian datang kepadaku teman-temanku dan mereka sentiasa bersembunyi daripada Rasulullah s.a.w kerana takut kepadanya, padahal Rasulullah berasa gembira melihat me reka datang untuk bermain-main denganku.”
Tetapi jika kita lihat dari sudut Islam, bidang fotografi ini sangat dititik beratkan dalam kehidupan seharian kita. “Antara tokoh ilmuwan agama yang mengambil kira permasalahan dalam bidang fotografi ini adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau menggariskan beberapa perkara mengenai prinsip dalam fotografi.
Antaranya ialah: tiada unsur yang boleh menimbulkan fitnah apatah lagi haram, tiada unsur memuja, mengagungkan subjek dalam gambar, tiada unsur lucah dan jurufoto perlu menjaga batasan serta dapat membezakan antara foto cara Islam dan Barat,” katanya.
Menurutnya, hukum asal dikeluarkan bekas mufti Mesir, Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthi’i dalam bukunya Al-Jawab Al-Syaafi Fi Ibahatit At-Tasweer Al-fotografi dan begitu juga apa yang dikemukakan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi adalah harus.
Dalam bidang Usul Fiqah, hukum asal kepada semua perkara diharuskan kemudian ia boleh berubah status keharusannya sama ada kepada makruh atau membawa kepada haram bergantung kepada keadaan situasi dan sebab tertentu.
Ulama juga menekankan supaya berhati-hati dalam bidang fotografi. Ini kerana, ia tidak boleh dipandang mudah untuk memenuhi segala keinginan seharian kita. Tetapi, fotografi dibolehkan jika ianya atas sebab-sebab yang memberi manfaat dan tidak melanggar hukum syarak seperti majlis perkahwinan.
Selain itu juga, kos fotografi dalam majlis perkahwinan juga menjadi satu isu. Ini kerana kos yang dikenakan oleh jurugambar pada hari ini sangat tinggi. Sesetengah masyarakat sanggup berhabisan wang semata-mata untuk mendapatkan khidmat fotografi yang diingini. Ini boleh dianggap satu pembaziran kerana agam Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan samaada urusan yang berkaitan dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga.
Menurut Peter Sanders, ''fotografi mengenalkan Islam kepada Barat''. Beliau adalah jurugambar kelas dunia yang juga merupakan pemilik Peter Sanders Photography Library.“Masyarakat Barat banyak tidak tahu dan tidak mengenal Islam secara benar,” kata Sanders.
Berikutan peristiwa 11 September 2001, dari situlah barat mengetahui Islam yang sebenarnya secara lebih mendalam, termasuk melalui hasil karya seni juga fotografi, sebagaimana yang dihasilkan Sanders.“Hasil fotografi yang indah akan lebih cepat memperkenalkan Islam kepada Barat,” demikian menurut Sanders lagi.