Setiap hari Adalah hari ibu
Oleh: Ainun Muhamed
Firman Allah S.w.t : Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkanya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam tiga puluh bulan.
(Surah al-Ahqaf:15)
Ibu adalah seorang yang sangat berhati mulia. Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu. Didalam al-Quran telah diterangkan kita diwajibkan untuk mentaati ibu dan bapa kita kerana ibu telah banyak menanggung kesusahan untuk melahirkan,menyusukan dan membesarkan seseorang anak.Sekalipun sudah berjaya kita hendaklah sentiasa mengingati jasa & pengorbanan ibu.
Setiap hari merupakan hari ibu,kita sebagai anak diwajibkan mentaati dan mengembirakan hati ibu pada setiap masa. Alangkah indahnya jika kita sebagai anak sentiasa mendoakan ibu kita sebagaimana ibu kita menjaga dan mendoakan kita pada setiap hari dan setiap detik hidupnya. Seperti yang kita sedia maklum doa ibu adalah mustajab,tidak rugi jika kita berbakti kepada ibu kita kerana berkat doanya kita dapat mengecapi apa yang kita ada sekarang.
Dunia ini hanya persinggahan yang sementara tetapi amalan kita membawa keakhirat,untuk mengecapi kegembiraan dan kebahagiaan dunia mahupun diakhirat kita wajib mendapat restu dan redha daripada insan yang bergelar Ibu. Seboleh mungkin cubalah untuk menggembirakan dia selagi mampu . Ibu sanggup bekorban harta dan nyawa untuk anak-anak tetapi anak-anak bolehkah mengorbankan apa yang dimiliki demi memenuhi hasrat ibu? . Terlebih dahulu letaklah diri kita pada tempat ibu ,fikirkan apa yang sudah kita lakukan sehingga hari ini yang boleh menggembirakan hati ibu kita?.
Walaubagaimanapun kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi anak lelaki semestinya kita wajib mentaati ibu hingga keakhir hayat walaupun sudah berumahtangga. Seorang anak yang soleh akan cuba menjadi seorang suami yang baik dan dalam masa yang sama merupakan seorang anak yang taat kepada ibu. Kebelakangan ini,kita kerap mendengar dan melihat dimedia elekronik serta media cetak tentang anak yang sanggup membuang ibunya sendiri. Hal ini sewajarnya tidak berlaku pada seorang anak yang beragama Islam,sepertimana sabda Rasullah SAW : “Seorang lelaki datang bertanya kepada Nabi SAW katanya : Siapakah diantara manusia yang lebih berhak mendapat kebaikan temanku? Jawab Nabi SAW : Ibumu! Orang itu bertanya lagi : kemudian siapa? Jawab Nabi SAW : Ibumu ! Orang itu bertanya lagi kemudian siapa? Jawab Nabi SAW : Kemudian barulah ayahmu!
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika seorang suami adalah seorang anak yang taat,semestinya si isteri akan menjadi menantu yang solehah hasil daripada didikan si suami. Justeru kita mestilah menjadi seorang anak yang taat dan mengutamakan ibu dalam apa jua keadaan sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis tersebut. Isteri juga mesti turut memainkan peranan agar hubungan dengan ibu sentiasa baik sekaligus dapat menunjukkan satu contoh yang baik kepada anak-anak dan generasi akan datang.
Seringkali kita diperlihatkan seorang ibu tidak mahu anaknya susah,seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan anaknya.Kadang-kadang kita terdengar apabila si anak sudah berkahwin sudah melupakan jasa ibunya. Mula jarang pulang ke rumah ibu kerana tidak mempunyai masa dan cuti yang cukup tetapi sanggup memenuhi permintaan isteri yang mahu pergi bercuti di tempat peranginan sedangkan ibu kita di kampung sentiasa menunggu kepulangan anak—anaknya pulang bersama cucu tersayang.
Terlebih dahulu kita sebagai seorang anak mestilah menanamkan niat untuk terus istiqomah menjadi anak yang baik dan taat walaupun sudah berkahwin. Tiada hadiah yang lebih membahagiakan bagi ibu yang berjauhan dengan si anak cukup hanya panggilan telefon daripada si anak sebagai pengubat rindu dan bertanya khabar sebagai tanda ingatan si anak kepada ibu itu sudah mencukupi.
Hari ibu tidak terhad kepada masa dan hari-hari yang tertentu kerana setiap masa dan setiap hari merupakan hari ibu kerana setiap masa kita boleh memberi hadiah,membawa ibu pergi membeli-belah,bersiar-siar dan lain-lain lagi. Kita sebagai anak mestilah menggembirakan ibu kita pada setiap masa dan detik kita bernafas didunia ini. Insya Allah hidup akan diberkati Allah s.w.t. Jangan sesekali membuat ibu kita terasa hati ataupun menangis dengan kata-kata ataupun perbuatan kita. Elaklah daripada menjadi anak derhaka. Berhati-hati ketika berbicara dengan ibu sepertimana kita sedia maklum orang tua mempunyai perasaan yang sensitif.
Hari ini isteri kita memakai pakaian yang cantik,cuba kita bayangkan sejenak,adakah ibu kita juga memakai baju yang cantik?. Jika kita sekeluarga tinggal di kediaman yang selesa dan menaiki kenderaan yang selesa dan baik,adakah ibu kita juga begitu atau sebaliknya? Tanpa Ibu siapalah kita,kenanglah jasa ibu hingga keahir hayat .Janji Allah itu pasti,jadilah anak yang soleh agar bakal zuriat kita nanti juga soleh dan solehah.