Pemakaian muslimah masa kini
Oleh: Najiha Rusli
Bermula daripada tudung, pakaian sehingga kepada aksesori busana Muslim tidak berbeza dengan pakaian yang ada jika penekanan tidak diberikan kepada aspek tuntutan syariah dan pemahaman konsep sebenar apakah pakaian yang dikategorikan sebagai busana Muslim?
Wanita islam harus memahami ciri-ciri busana Muslim dalam konteks penampilan wanita islam mengikut tuntutan agama. Maknanya pakaian apa saja pilihan fesyen wanita Islam di dunia haruslah menutup tubuh dengan pakaian yang sesuai tidak keterlaluan fesyen atau fabriknya mahupun perhiasan.
Menutup tubuh dalam konteks pakaian busana Muslim maknanya tidak nampak bentuk tubuh termasuk kulit, perhiasan yang Allah kurniakan kepada hambanya itu tidak dipamerkan dan yang Nampak hanya wajah serta kedua belah tapak tangan daripada pergelangan tangan sahaja.
Oleh yang demikian, pemilihan pakaian import atau tempatan tidak menjadi masalah untuk wanita Islam menggayakannya tetapi biarlah imej wanita Islam itu wujud apabila berpenampilan sederhana dan jika dilihat umum melahirkan rasa hormat kerana keterampilan yang sopan seragam perlakuan Islam.
Pakaian yang terdedah dan potongan melekap oleh kerana fabric atau teknik jahitan getah ‘smoking’ atau pakaian tren K-Pop harus diteliti jika ingin menggayakannya. Jika bijak memilih pakaian ini ada yang boleh digayakan dan akhirnya menutup aurat dengan sempurna.
Akhir-akhir ini trend baju ‘inner’ seolah-olah menjadi satu kemestian dalam apa jua pakaian yang hendak digayakan wanita muslimah kini. Jika blaus lengan pendek boleh digayakan dengan kot atau jaket tetapi tidak boleh mendedah lengan di kawasan awam. Begitu juga seluar ketat digandingkan dengan baju labuh dan longgar. Seperti jubbah labuh atau paras lutut dipakai bersama seluar. Serta baju senteng boleh dipakai dengan skirt longgar dan jika dipadankan dengan seluar harus ada satu jaket labuh melepasi paras pinggul. Sekurang-kurangnya pinggul dan pangkal paha tidak kelihatan dan pastikan ada pakaian dalam yang menutup perut dan pinggul agar tidak kelihatan pusat atau pakaian dalam semasa berada di luar rumah atau bersama keluarga. Ini penting untuk menanam rasa malu pada kaum wanita agar dalam bergaya dan berpakaian aurat sentiasa dipelihara.
Bukan semua pakaian boleh dipakai di khalayak dan jika pakaian itu menjolok mata atau fesyen terkini yang bukan boleh diterima sebagai busana Muslim ia tidak boleh dipakai dengan inner sahaja. Inner bukan pakaian yang boleh dipakai dengan semua pakaian atas alasan ia dapat menutup aurat.
Fungsi inner sebenarnya menutup kulit jadi jika jarang atau senteng ia bukan pakaian penyelesaian kerana asas menutup aurat iaitu tidak seharusnya menampakkan aurat sama ada dalam bentuk atau kulit lengan,leher ataupun mana-mana bahagian aurat wanita.
Oleh yang demikian, jangan jadikan inner alasan yang membenarkan dan menerima semua fesyen terkini. Harus diteliti apakah pakaian yang hendak ditampilkan sekiranya berurusan di luar rumah.
Tujuan muslimah berpenampilan bukan untuk menarik perhatian. Tetapi bila berada di luar rumah ia bertanggungjawab menjaga maruah diri dan keluarga. Busana muslim merupakan pakaian untuk tujuan demikian. Melalui pakaian yang menutup aurat adalah bertujuan untuk membezakan musimah daripada wanita lain serta menampilkan imej wanita islam.
Berpenampilan menutup aurat di tempat awam bertujuan untuk membezakan wanita islam serta menghormati dan mencontohinya kerana berpenampilan menurut Islam. Tujuan menutup aurat dengan pakaian yang sesuai tidak menarik perhatian umum atau menjauhi rasa bangga kerana ia bukan penampilan luar biasa, tiada kelainan dengan orang lain dari segala aspek fesyen dan yang pasti tidak akan menjadi satu tarikan atau tontonan bila berada dalam kawasan umum.