USIM - Sikap sambil lewa para pelajar menjadi faktor utama penyumbang kepada kekotoran tandas di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Mereka tidak mementingkan soal kebersihan tandas bahkan mereka tidak mengendahkan langsung tentang persepsi orang luar jika menggunakan tandas dalam keadaan yang kotor seperti itu.
USIM, 16 April - Kira-kira 300 orang pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan FPBU hadir meraikan pelajar cemerlang di dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS).
NILAI, 15 April - Cubaan merompak mesin ATM di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) gagal, apabila disedari oleh dua orang siswi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek hanya mampu menarik mesin ATM sebelum meninggalkannya, malah wang dalam mesin ATM berkenaan turut gagal dilarikan. USIM , 14 April – Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Job House menganjurkan bengkel kerjaya peringkat fakulti kepada pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama(FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bengkel tersebut dikendalikan oleh wakil daripada Job House, Encik Zaki bin Awang Bujang.
|
|