NILAI, 15 April - Cubaan merompak mesin ATM di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) gagal, apabila disedari oleh dua orang siswi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek hanya mampu menarik mesin ATM sebelum meninggalkannya, malah wang dalam mesin ATM berkenaan turut gagal dilarikan.

Menurut Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Azmil Abu Seman, 22, mengatakan dua siswi tersebut bergegas melaporkan kepada pengawal keselamatan apabila ia melihat suspek tersebut mencurigakan. Walaubagaimanapun, suspek gagal ditangkap dan berjaya melarikan diri.
Pengawal keselamatan USIM berkata, “suspek dipercayai tiga orang lelaki dan seorang wanita”. Beliau turut mengesyaki rompakan dilakukan oleh orang luar dan keempat-empat suspek masih dalam siasatan.