Tudung, fesyen atau tuntutan agama?
Oleh: Ismat Salleh
Walaupun baru-baru ini sahaja isu tudung hangat di negara kita, tetapi isu ini telah lama diperkatakan di seluruh dunia. Tidak terkecuali juga apa yang dibahaskan oleh pakar-pakar agama dari dulu hinggalah sekarang. Tudung atau penutup kepala bagi wanita adalah tuntutan wajib bagi setiap individu yang beragama Islam. Tetapi sebaliknya, ramai wanita pada hari ini khususnya di negara kita menganggap tudung itu hanya sekadar untuk pelengkap fesyen.
Malah ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis : “Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).
Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang ‘berpakaian telanjang’. Para ulama memberi definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah : Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi ‘bertelanjang’ daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya.
Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak dan tidak melanggar batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini. Tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Bagi mahasiswi Fakulti Bahasa Utama, Raja Junainah bte Aziz, muslimah perlu bijak memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri. Kita lihat perkembangan fesyen masa kini sebagai satu yang sihat selain memberi pilihan kepada kaum muslimah untuk memlilh fesyen yang sesuai untuk diri mereka. Namun dalam memilih fesyen tudung, mereka perlu lebih berhati-hati dan bukan sekadar ingin mengikut arus peredaran fesyen.
Bukannya tidak ada fesyen tudung yang mengikut tuntutan syarak tetapi sebagai muslimah, kita perlulah lebih selektif memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri kita. Selain fesyen tudung, budget juga memainkan peranan penting kerana tidak ada gunanya berhabis-habisan membeli tudng berjenama yang sudah tentu mahal harganya sehingga akhirnya terpaksa mengikat perut.
Di samping itu, jika hendak bertudung, biarlah ikhlas dan bukannya dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Walaupun tidak semuanya begitu, tetapi wujud kaum muslimah yang menjadikan jenama tudung yang dipakai sebagai lambang status diri mereka. Keadaan ini sebenarnya menimbulkan riak di dalam hati sehingga menyebabkan tujuan untuk menutup aurat itu lari daripada niat asal untuk menutup aurat.
Walau apa pun juga jenis fesyen tudung yang digayakan, biarlah si pemakai memakainya dengan hati yang ikhlas dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Tidak salah untuk berfesyen tetapi betulkan niat dalam hati selain pastikan fesyen tudung yang dipilih memenuhi tuntutan seperti yang telah diwajibkan agama Islam terhadap golongan muslimah.
Tetapi kita juga tidak boleh memandang seratus peratus isu ini dari sudut negatif. Ini kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jika kita lihat dari sudut yang lain, dengan budaya fesyen tudung ini jugalah yang membuat lebih ramai wanita pada hari ini mula mendekatkan dengan tudung. Jika sebelum ini seseorang itu tidak pernah megenakan tudung, tetapi setelah wujudnya budaya tudung sebagai fesyen membuka hati mereka untuk memakai tudung. Malah ada juga wanita beragama lain turut memakai tudung kerana mereka merasakan dengan mengayakan tudung ini membuatkan mereka lebih cantik.