Ijazah bukan pengukur kejayaan
Oleh: Fauziah Samudi
Ijazah merupakan sebuah penghargaan atau anugerah atas kejayaan seseorang dalam menamatkan pengajian. Ia juga satu lesen penting untuk melangkah ke alam pekerjaan bagi seseorang yang bergelar graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Tetapi, adakah dengan segulung ijazah akan membawa kepada kejayaan sebenar dalam hidup? Masyarakat kini beranggapan bahawa hanya dengan segulung ijazah akan membawa seseorang itu berjaya dengan lebih jauh. Hakikatnya, menuntut sesuatu ilmu tidak mempunyai had masa dan tidak diukur melalui sebarang sijil. Tanpa ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak boleh berjaya. Ada juga insan tanpa ijazah yang boleh berjaya dan mempunyai taraf kehidupan yang sangat baik seperti petani, penternak, peladang dan sebagainya.
Semua orang di dunia ini boleh berjaya apabila mempunyai semangat yang tinggi dan usaha yang gigih dalam diri. Semangat merupakan faktor penting dalam memotivasikan diri bagi mencapai apa yang diimpikan dan usaha merupakan tangga kejayaan. Usaha yang tinggi akan membuahkan hasil tanpa kita duga.
Seorang penulis blog berpendapat bahawa lelaki tanpa ijazah merupakan lelaki luar biasa yang mana mereka tidak hanya tertumpu kepada ilmu yang mereka ada, bahkan mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak berbanding lelaki berijazah yang hanya tertumpu kepada ilmu dan kemahiran tertentu yang dipelajarinya.
Pelbagai tanggapan positif perlu diterapkan dalam fikiran masyarakat bahwa lelaki tanpa ijazah juga boleh berjaya dalam hidup. Kelayakan akademik dan segulung ijazah bukan ukuran terhadap kebijaksanaan seseorang. Jangan terkejut jika ramai mereka yang tanpa ijazah lebih berjaya daripada mereka yang punya ijazah kelas pertama. Bukan pendidikan formal yang menentukan kejayaan kita tetapi pengalaman merupakan guru terbaik kejayaan sebenar buat kita. Jadi, wanita tidak perlu takut untuk menerima lamaran dan kehadiran lelaki tanpa ijazah atau tidak pernah menjejakkan kaki ke IPT, kerana jaminan hidup tidak bergantung kepada kelulusan sijil semata tetapi hakikatnya adalah usaha dan pengalaman seseorang itu.
Beliau menyatakan lagi bahawa lelaki tanpa ijazah lebih praktikal berbanding lelaki berijazah. Kebiasaannya, lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ mempunyai kemahiran yang mereka miliki mungkin lebih jauh bermanfaat berbanding pencapaian dalam akademik. Mereka mungkin pakar dalam membaiki kereta, peralatan elektrik, atau memasak. Kerja-kerja seperti ini akan memudahkan kehidupan seharian terutama apabila sudah berumah tangga kelak.
Tanpa ijazah juga mempunyai peluang hidup yang cerah. Kita sedia maklum bahawa ramai graduan yang tidak berjaya mendapat pekerjaan. Lebih teruk lagi ada yang menganggur bertahun-tahun walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Tempoh pengajian untuk segulung ijazah juga memakan masa yang lama dan mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun.
Mana-mana lelaki yang tidak menyambung pengajian di ipt boleh bekerja dalam tempoh tersebut dan pastinya dapat menstabilkan ekonomi kewangannya berbanding lelaki lepasan ijazah yang mampu mencari pekerjaan selepas tamat tempoh belajar. Orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi juga boleh menjadi usahawan dengan membuka syarikat sendiri sekaligus membuka peluang kepada orang yang mempunyai kelulusan bertaraf PhD.
Jangan sesekali kita menjadi seseorang yang suka membuat perspektif negatif. Jika ingin memilih pasangan hidup, janganlah kita bersangka bahawa lelaki yang tidak berpendidikan tinggi perupakan calon suami yang tidak mempunyai masa depan yang baik. Hati budi dan keserasian itu adalah keutamaan dalam memilih pasangan hidup. Sangat rugi menilai seseorang melalui taraf pendidikannya dan bukan pada hati budinya.
Seseorang yang ingin berjaya masih mempunyai peluang untuk menuntut ilmunya. Banyak universiti mahupun ipt swasta menawarkan program ijazah separuh masa dan pengajian jarak jauh. Masyarakat perlu menyingkir tanggapan terlewat dalam menuntut ilmu, kerana menuntut ilmu perlu pada bila-bila masa dan terdapat di mana-mana. Gagal hari ini tidak bermaksud tidak boleh berjaya pada masa akan datang. Pepatah melayu ada mengatakan hendak serinbu daya tak hendak seribu dalih. Majulah ke hadapan kerana kita merupakan perintis masa hadapan.