Selangor, 11 Mei – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan lawatan sambil belajar ke Sushi King, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini dengan fokus utama berkaitan subjek Bahasa Jepun.
Program itu sebahagian usaha fakulti memberi pendedahan di luar kuliah bagi menyalurkan matlumat kepada mahasiswanya sebagai landasan memperkukuhkan pemahaman subjek. Seramai 25 mahasiswa yang mengambil subjek Bahasa Jepun 1 menyertai lawatan ini dan diiringi seorang pensyarah yang mengajar subjek tersebut.

Menurut seorang peserta, Raya Nurin, 21, berkata, program itu membolehkan para pelajar mendapat matlumat dengan lebih terperincil mengenai proses pembuatan sushi di Sushi King serta belajar cara-cara pembuatan. pelajar turut melahirkan rasa teruja kerana berpeluang menyaksikan proses pembuatan sushi.
“Selain belajar membuat sushi, teka-teki turut dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran pelajar bertutur dalam Bahasa jepun serta tahap kemahiran menulis hiragana dan katakana. Mahasiswa yang berjaya merungkai persoalan diberi ganjaran.” Tambah Nurin.
Tambahnya, program ini turut mendedahkan budaya Jepun yang diamalkan kakitangan Sushi King termasuklah budi bahasa dan kebersihan.