PUCHONG, 1 April - Optimis dengan kebajikan masyarakat setempat, sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia mengadakan lawatan mahabbah di Rumah Amal Limpahan Kasih yang menempatkan sebilangan anak yatim, anak fakir miskin, golongan asnaf dan ibu tunggal dari serata tempat.
Untuk menjayakan slogan ‘Limpahkan kasih, Semaikan budi’, Jawatan kuasa Kebajikan Siwa/i Asrama Kolej Kediaman Acacia Avenue (JAKSA) USIM mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program riadah bagi melakukan aktiviti sambil beramal serta bermain permainan di Rumah Amal Limpahan Kasih.

Program ini berlangsung selama sehari dan disertai seramai 14 mahasiswa. Antara objektif yang di gariskan dalam program ini ialah berazam dan bertekad untuk membantu membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang di perlukan mereka samada keperluan zahiriah mahupun rohaniah dengan membimbing mereka sehingga menjadi insan yang cemerlang dan berjaya di dalam akademik dan agama. Ternyata objektif tersebut dapat dicapai malah lawatan ini memberi impak baik kepada para peserta.
Selain itu, antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana adalah mengajar mereka fardu ain, persediaan berhadapan dengan orang awam, membantu dalam penyediaan makanan, mengemas dan beramah mesra bersama penghuni di rumah amal tersebut. Program lawatan sehari ke tempat ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada para peserta kerana mereka dapat berkongsi cerita serta mengumpul pengalaman yang indah, ianya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan warga rumah kepada ahli keluarga yang tiada di sisi.
Program ini ternyata dapat memupuk sifat kasih sayang di antara mahasiswa kepada anak yatim,anak fakir miskin, golongan asnaf serta ibu tunggal. Selain itu, program ini dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa supaya sentiasa mengenali saudara islam kita dengan lebih rapat agar hubungan persaudaraan terjalin dan dapat saling tolong-menolong.