Salak Tinggi, 26 April – Kira-kira 133 orang pelajar Kolej Kediaman Acacia Avenue (KKAA) menghadiri majlis makan Malam Perdana Siswa/i juga dikenali sebagai “Annual Grand Dinner” di Empress Hotel Sepang. Majlis yang bertemakan “Traditional Outfit” ini berlangsung selama tiga jam. Bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Majlis Malam Pedana Siswa/i merupakan acara yang julung-julung kalinya diadakan juga satu kesinambungan daripada majlis makan malam tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I Kolej Kediaman (JAKSA) sejak empat tahun berturut-turut.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan penghuni kolej kediaman Acacia Avenue dan merupakan program penutup bagi semester 2, serta bagi menghimpunkan penghuni kolej kediaman bagi mengeratkan ukhuwah yang terjalin Antara penghuni, pengurusan kolej kediaman dan kakitangan tertinggi universiti.
Aturcara ini juga merupakan satu acara dimana JAKSA kolej kediaman Acacia Avenue memberikan anugerah penghargaan terhadap kejayaan para graduan USIM yang menetap di Kolej Kediaman Acacia Avenue dan pada masa yang sama juga untuk meneruskan tradisi didalam penganjuran majlis makan malam yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian penghuni kolej kediaman itu.
Objektif utama majlis ini adalah sebagai kayu pengukur untuk mahasiswa/I USIM menimba pengalaman dalam mengurus dan menganjurkan program. Selain itu, dapat memupuk semangat tekun berusaha mengikut jejak mahasiswa/I untuk bersama-sama berusaha mencapai kejayaan.
“Majlis ini merupakan satu majlis yang mengumpulkan para penghuni kolej kediaman, dimana kita terasa sangat dihargai. Majlis ini juga sangat meriah”, kata Atikah yang merupakan salah seorang penghuni kolej kediaman.