Nilai, 19 April 2014 – Seramai hampir 500 orang awam menyertai Program “Open Day” Acacia Avenue ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Siswa/i Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Acacia Avenue sesi 2013/2014 yang berlangsung pada 19 April 2014 bertempat di taman perumahan Acacia Park.
Ia terbuka kepada semua mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah serta anak yatim di sekitar Nilai dan Seremban, juga tidak ketinggalan komuniti di sekitar Acacia Park.

Secara keseluruhannya, disamping mengerat ukhuwah dan mengasah bakat, mahasiswa/I, juga berkesempatan untuk menyumbang ilmu dan pengalaman kepada adik-adik di dalam bengkel-bengkel yang disediakan.
Antara objektif yang digariskan di dalam program ini adalah memperkenalkan USIM kepada masyarakat dengan lebih dekat lagi terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah, mengeratkan silaturahim antara penghuni kolej kediaman Acacia Avenue dengan kolej-kolej kediaman lain,pihak pengurusan kolej kediaman serta pelajar-pelajar sekolah menengah,rendah dan anak yatim.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh JAKSA Kolej Kediaman Acacia Avenue, antaranya adalah “spell it right”, eksplorasi berbasikal bersama komuniti, pidato dan debat Bahasa melayu, menggubah bunga, pertandingan permainan tradisional dan “treasure hunt”.
Hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh felo Kolej Kediaman Acacia Avenue pada sebelah petangnya.Program ini telah dirasmikan oleh pengetua Kolej Kediaman Acacia Avenue, Dr. Abdul Rahim Zumrah.